Click here
Kazakshtan cari tempat di universiti tempatan
KUALA LUMPUR – Agensi pelajaran dari Kazakhstan sedang mencari tempat di institusi pengajian tinggi tempatan bagi pelajarnya melanjutkan pelajaran.
Delegasi enam orang itu dari Agensi Persatuan Pelajaran Kazakhstan (KAEA) berada di sini dari 6 hingga 13 Mac untuk melawat Universiti Kuala Lumpur, Universiti Multimedia, USCI University, LimKokWing University of Creative Technology, Legenda Education Group dan Asia e-University.
Lawatan itu ditaja oleh Kelab Pengeksport Malaysia. Presiden kelab, Abdul Kabur Ibrahim berkata kini kira-kira 1,000 pelajar Kazakhstan sedang belajar di kolej dan universiti Malaysia, berbanding hanya enam orang empat tahun lalu.
Jumlah itu dijangka meningkat kepada 2,000 pelajar dalam tempoh tiga tahun lagi untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat kedoktoran, sarjana, ijazah atau diploma.
“Pelajar dari Kazakhstan dijangka datang ke Malaysia menjelang September ini,” kata Pengurus Pusat Linguistik Kazakhstan, Olga Pluzhnikova. – BERNAMA
Sumber: http://web7.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=480944
April 20, 2012 - Awareness Week 2012, Information Booth April 19, 2012 - Charity Week 2012 March 13, 2012 - MIFF Ideation Award 2012 – KUL Student is a Winner! February 17, 2012 - Open Sport Tournament 2012 February 16, 2012 - Career Fair 2012
Programmes Offered
- Accounting and Finance
- Architecture
- Business Management
- Civil Engineering
- Computer Science & Information Technology
- Electrical & Electronic Engineering
- Mechanical Engineering
- Quantity Surveying & Construction Management
- Visual Arts



