Click here
Kolej Legenda tambah kemasukan pelajar asing
oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI

Martin Everett (kiri) menukar perjanjian dengan Dr. Kamis Awang sambil disaksikan oleh Najib Tun Razak dan Mohamad Hasan (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian Kampus pendidikan Legenda di Mantin, semalam.
SEREMBAN – Kumpulan Pendidikan Legenda hari ini menandatangani program pengajian secara francais dengan University of East London (UEL) dalam usaha memperluas program pendidikannya.
Rektornya, Dr. Kamis Awang berkata, termeterainya perjanjian dengan universiti dari United Kingdom itu, Kolej Legenda milik syarikat berkenaan kini berkemampuan menawarkan lebih banyak program peringkat ijazah.
‘‘Kita juga akan memperkenal program pengajian baru yang berhubung kait dengan kesihatan dan sains perubatan seperti kejururawatan, farmasi dan sains perubatan selain seni lukis serta seni reka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian kampus Kolej Legenda oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mantin dekat sini hari ini.
Najib juga menyaksikan pertukaran dokumen program kerjasama antara UEL yang diwakili Profesor Martin Everett dengan Kumpulan Pendidikan Legenda yang diwakili Kamis.
Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Kamis, kolej itu juga dalam perancangan untuk meningkatkan bilangan kemasukan pelajar asing berikutan peningkatan program yang ditawarkan kepada mereka.
‘‘Sukacita saya maklumkan kita telah berjaya menarik minat pelajar asing dari 30 buah negara termasuk China, Asia Selatan, Asia Timur dan Afrika,” ujarnya.
Kampus Kolej Legenda bernilai RM1.1 bilion kini menempatkan 3,500 pelajar tempatan dan asing.
Katanya, program yang ditawarkan oleh kolej itu turut mendapat pengiktirafan badan yang relevan.
Beliau juga berharap melalui usaha pembangunan berterusan akan melayakkan kolej itu mendapat status universiti.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm
April 20, 2012 - Awareness Week 2012, Information Booth April 19, 2012 - Charity Week 2012 March 13, 2012 - MIFF Ideation Award 2012 – KUL Student is a Winner! February 17, 2012 - Open Sport Tournament 2012 February 16, 2012 - Career Fair 2012
Programmes Offered
- Accounting and Finance
- Architecture
- Business Management
- Civil Engineering
- Computer Science & Information Technology
- Electrical & Electronic Engineering
- Mechanical Engineering
- Quantity Surveying & Construction Management
- Visual Arts



